Sedia maklum penularan kes COVID-19 semakin meningkat terutamanya dikawasan peranginan. Kini pusat penginapan lima bintang, The Datai Langkawi terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas 16 kes positif COVID-19 dikalangan para kakitangan dikesan.
Mengambil kenyataan dari portal Gempak, hotel mewah berkenaan dijangka bakal tutup dari beroperasi untuk tempoh 10 hari bermula semalam.
Dalam kenyataan itu, mereka turut memberitahu kesemua kakitangan dikesan positif wabak itu ketika pihak pengurusan menjalankan ujian saringan secara berkala bagi memastikan keselamatan para pelancong dan juga pekerja disitu.
Disamping itu, pihak The Datai Langkawi memberitahu mereka telah mengesan kesemua kontak rapat sehingga kepada kontrak peringkat menengah.
Ketika siasatan terperinci dan teliti, kes positif berikutnya telah disahkan. Pihak pengurusan segera mengaktifkan kuarantin.
Pihak The Datai Langkawi turut memohon maaf kepada para pelancong dan sedia untuk menawarkan pertukaran tarikh atau pembatalan percuma tanpa penalti dan juga bayaran balik sepenuhnya.
Sekadar info, sejak kebenaran merentas negeri diumumkan, Pulau Langkawi menjadi salah satu lokasi tumpuan orang ramai untuk pergi bercuti sehinggakan pertambahan perkhidmatan trip perjalanan feri dilakukan.