Dalam lawatan ke Taman KLCC pagi tadi, Prince William dan Kate Middleton telah dihidangkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian negara Malaysia. Menampilkan persembahan yang segar dan bertenaga, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah membawakan persembahan-persembahan kebudayaan yang mewakili etnik dari seluruh negara.
Antara yang tampilkan ialah demonstrasi Silat Cekak, tarian Joget, persembahan petikan muzik Sape dan pertunjukan batik yang diselaraskan oleh Kraftangan Negara.
Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Dailymail UK.