Pejam celik pejam celik, sudah 2 bulan Ummi Nazeera bergelar isteri kepada Dr. Mohd. Izzar Anwari. Pantas sungguh masa berlalu. Kini mereka berdua sedang mengabadikan detik-detik indah bersama dengan berbulan madu di Eropah. Suka betul Abang Nara tengok gambar pasangan ini. Sweet sangat-sangat.
Berdasarkan perkongsian di Instagram, antara negara yang telah mereka lawati ialah Switzerland dan Turki. Abang Nara terpaku melihat keindahan gambar yang dikongsikan oleh Ummi Nazeera. Memang cantik betul Switzerland ini. Lepas ini Abang Nara pun nak pergi honeymoon sanalah untuk menyemarakkan kembali cinta ini.
Semoga selamat semuanya diucapkan kepada Ummi dan suami sepanjang bulan madu mereka. Inilah masanya untuk anda berdua lebih mengenali satu sama lain. Pastinya rasa cinta itu akan lebih mendalam selepas percutian ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.