Seriously Abang Nara teruja ingin menonton filem Jiwa Taiko selepas membaca ulasan Syamsul Yusof yang filem ini memang hebat. Abang Nara percaya dengan kata-kata Syamsul Yusof dan tidak melepaskan peluang untuk hadir apabila mendapat jemputan menonton filem ini. Melihat senarai pelakon-pelakon yang ada pun sudah mampu membuatkan Abang Nara excited tak ingat.
Namun sayangnya oleh kerana anak kecil Abang Nara tidak berapa sihat, Abang Nara hanya sempat menonton 20 minit yang terawal filem Jiwa Taiko ini. Ketika itu, masih tiada aksi-aksi yang mendebarkan berlaku. Babak-babak awal lebih menumpukan perhatian kepada percintaan dan persahabatan yang terjalin antara pelakon-pelakon.
Namun ada rakan Abang Nara yang habis menonton filem ini menyatakan babak aksi di hujung filem ini memang awesome. Jadi jangan lupa untuk menonton filem Jiwa Taiko di pawagam berhampiran anda kelak. Lagi 15 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.
Anonymous
July 28, 2012 at 1:50 am
Worse movie ever! Terus tak teringin nak tonton cerita Melayu lagi. Rugi duit dan masa!
Anonymous
July 18, 2012 at 5:53 pm
aku bagi 1 bintang je utk movie ni..jiwang2 la pulak..ok lagi KL Gangster..takde adegan2 terlampau..cium2 la..apa punya movie..bagus tukar la tajuk movie tue, “JIWANG TAIKO”..