(16 GAMBAR)Peperangan Dalam Badan Manusia – Bagaimana Sistem Imun Berfungsi

Trending

(16 GAMBAR)Peperangan Dalam Badan Manusia – Bagaimana Sistem Imun Berfungsi

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya.

Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini, gambar-gambar menunjukkan visual bagaimana sistem imun bertugas.

Advertisement

Peperangan dalam badan manusia

The Wars within.

Makrofaj (atau fagosit) – Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan.

Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu. Dalam gambar ini, makrofaj sedang cuba menelan bebola minyak / lemak.

Sel-T diserang HIV

T-cell under attack from HIV
Sel T ialah satu komponen penting dalam sistem imun manusia, sedang diserang virus HIV/AIDS (Biru)

Sel-B

B-cell
Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Diserang

On the attack
Protozoa Malaria telah terbahagi kepada dua sel dalam pinggan kultur yang mengandungi sel darah merah. Salah satu sel itu telah terpecah, membebaskan parasit yang akan menjangkiti sel yang lain.

Tisu kulit

Skin tissue
Satu bentuk pertahanan pertama terhadap tentera mikroorganisme yang berbahaya, tisu kulit berupaya untuk membaiki diri sendiri dengan cepat setelah tercedera.

Pemakan sel

Cell eater
Proses pertama fagositosis, atau ‘makan sel’ di mana satu makrofaj memanjangkan beberapa pseudopod untuk ‘memeluk’ beberapa bakteria E-coli.

Perangkap bakteria

Bacteria Trap
Bakteria (hijau) yang terperangkap pada sambungan satu membran makrofaj.

Pembunuhan

Breakdown
Bahan kimia berkuasa dalam makrofaj akan memecahkan dan memusnahkan komponen sel yang cuba menjajah.

Apabila makrofaj bertindak

A macrophage reaches out
Seperti gambaran filem fiskyen sains, satu makrofaj memanjangkan pseudopod untuk memerangkap bakteria.

Asbestos

Asbestos
Serat asbestos ialah antara ancaman kepada manusia yang paling berbahaya. Dalam gambar ini, makrofaj ‘makan’ serat asbestos, dan makrofaj ini mungkin akan mati kerana serat ini tidak boleh dicerna.

Rampasan kuasa!

Mutiny!
Ramai percaya bahawa ‘rampasan kuasa’ dalam badan ialah satu kejadian berterusan, apabila sel-sel sihat melepaskan diri dari mekanisme yang mengawal selia perkembangan sel dan bertukar kepada unsur kanser. Bagaimanapun, antigen pada permukaan sel berkanser ini kadangkala berubah sedikit, bertukar dari ‘diri’ kepada ‘bukan diri’. Oleh itu, sel ini menjadi sasaran Sel-T Pembunuh, seperti dalam gambar di atas–mengelilingi sel kanser yang agak besar.

Sel T Pembunuh

Killer T's
Sel T pembunuh kelihatan ‘hidup’ semasa menyerang sel kanser. Beberapa  Sel T Pembunuh (yang biasanya berbentuk bulat) telah memanjang kepada bentuk penyerang aktif sewaktu menyerang secara kimia sasaran mereka, dan memecahkan membran sel.

Kejayaan

Victory
 Setelah sel kanser hilang sitoplasma, hanya rangka berserat yang tinggal, di sini ia mengelilingi Sel T.

Keterlaluan

Overzealous
Respon imuniti keterlaluan, reaksi alergi menguasai manusia yang menghasilkan beberapa antibodi yang tidak diperlukan.

Pengkhianat

Renegade
Satu sistem imuniti yang khianat (meninggalkan tugas yang sepatutnya) telah merosakkan femur seorang wanita berusia 50 tahun yang menghidap penyakit Arthritis Rheumatoid . Ini ialah biasa untuk kecelaruan autoimun.

Sangat licik

Very devious

Virus selsema yang biasa sentiasa bermutasi untuk mengelak dari dikesan. Bagaimana virus dapat menguasai hos yang sihat dilihat di sini, apabila sel manusia yang terjangkit pecah dan membebaskan aliran virus baru (biru) ke dalam sistem.

Sumber: Majalah National Geographic Jun 1986 via Imgur dan Kesihatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...