(16 GAMBAR)Mari Buat Bar Snickers Gergasi Tujuh Kilogram

Trending

(16 GAMBAR)Mari Buat Bar Snickers Gergasi Tujuh Kilogram

Pernah terfikir untuk buat sendiri bar Snickers gergasi? Alang-alang membuat Snickers, biar sampai saiz gergasi, ya tak? Ikuti cara membuat bar Snickers gergasi pada tahap kalori yang mengarut seperti di bawah.

Mula-mula anda perlukan coklat-coklat dan bahan dalam gambar ini.
 photo 15_pound_snickers_01.jpg
Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement


Cairkan coklat dan cip butterscotch bersama beberapa sudu mentega kacang.
 photo Step1.jpg
Sesudah itu, ia patut kelihatan seperti ini.
 photo Step2.jpg
Masukkan adunan tadi ke dalam bekas acuan bar gergasi anda.
 photo Step3.jpg
Susun enam ketul bar Snickers dalam adunan seperti ini.
 photo step4.jpg
Jadikan Nutella sebagai gam.
 photo step5.jpg
 

Salut Nutella pada enam lagi bar Snickers dan lapiskan pada bar Snickers yang mula-mula.
 photo step6.jpg
Seterusnya, ambil tiga bahan ini dan cairkan semuanya.
 photo step8.jpg
Setelah dicairkan.
 photo step92.jpg
Taburkan kacang di tengah-tengah.
 photo step93.jpg
Masukkan lagi Snickers yang didadu. Penuh rasa kecintaan pada Snickers ni.
 photo step94.jpg
Sekarang ialah langkah membuat nougat.
 photo step97.jpg
Ia patut jadi cair seperti ini.
 photo step98.jpg
Tuangkan nougat cair di tengah-tengah bekas.
 photo step99.jpg
Awesome. Kemudian lapiskan semula dengan coklat yang sama anda digunakan di bahagian dasar tadi.
 photo step992.jpg
Setelah disejukkan dalam peti sejuk selama dua jam, bar Snickers tadi akan kelihatan seperti ini.
 photo step993.jpg
Begitulah cara menghasilkan bar Snickers gergasi seberat tujuh kilogram dengan 400 bilion kalori yang pasti menghentikan denyut jantung anda. Selamat mencuba!

Sumber: FFXIAH

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...