(16 GAMBAR) Dipenjara Kerana Pelihara Tiga Anak Dalam Rumah Yang Kotor Dan Menjijikkan

Trending

(16 GAMBAR) Dipenjara Kerana Pelihara Tiga Anak Dalam Rumah Yang Kotor Dan Menjijikkan

Sepasang ibu bapa yang kejam telah dipenjarakan kerana membesarkan anak dalam suasana rumah yang kotor dan menjijikkan.

Marla Everett, 32, dan Matthew Cartwright, 39, tinggal dengan tiga anak mereka di sebuah rumah di Grimsby, Lincolnshire yang penuh dengan makanan yang basi dan busuk, pembungkus makanan segera terbuang, tin kosong dan najis.

Advertisement


 photo article-2557675-1B6AF96D00000578-481_634x540.jpg

Seorang pegawai memberitahu mahkamah, sewaktu dia memecah masuk ke dalam rumah tersebut, dia telah disambut dengan lalat yang menerjah ke badan, dan bau hancing kencing, najis dan arak basi, manakala ibu bapa tersebut sedang mabuk.


 photo article-2557675-1B6C9F4600000578-411_634x467.jpg

Cartwright dan Everett masing-masing mengaku atas pertuduhan berlaku kejam kepada tiga anak lelaki mereka yang sekarang berusia 3, 2 dan 1 tahun. Cartwright dipenjara 15 bulan manakala Everett selama setahun oleh hakim David Tremberg, yang membenarkan nama mereka disebarkan supaya kes tersebut boleh dilaporkan oleh media.

Anak-anak itu sejak itu telah dijaga di rumah kanak-kanak.

Pendakwaraya Jayne Beckett memberitahu mahkamah yang saksi bernama Wendy Russel mula bimbang apabila terlihat kanak-kanak berusia dua tahun menjuntaikan kaki dari celah besi penghadang di satu ruang balkoni yang sempit. Dia seolah-olah tidak percaya kanak-kanak sekecil itu dibiarkan begitu saja, jadi dia mula memerhatikan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu menangis dan menjerit sambil mengetuk pintu di balkoni meminta dibenarkan masuk ke dalam dirumah.

Pada satu tahap, kanak-kanak itu bergayut pada ampaian, ke belakang dan ke depan arah jalan. Disebabkan bimbang, dia meminta satu sekolah berdekatan membuat panggilan kepada pihak berkuasa. Dia menunggu hingga pihak polis tiba. Setelah pegawai polis bernama Peter Mills tiba, dia pergi ke flat tersebut tetapi tidak berjaya mengejutkan Cartwright dan Everett.

Oleh sebab itu Peter telah memecah masuk, dan terkejut besar apabila disambut oleh lalat. Cartwright sedang tidur dengan seorang lagi anak bermain di kakinya. Antara yang berselerakan di flat tersebut ialah lampin kotor, pakaian kotor, mainan rosak, najis, tisu basah yang kotor, tin bir yang kosong, botol dan puntung rokok.

Hampir keseluruhan rumah dipenuhi sampah sarap, manakala pinggan kotor bersusun atas sinki, malah terdapat kain dipenuhi najis yang terbiar begitu saja.

Nampaknya memang sepadan mereka dikenakan hukuman sebegitu, tak tahu manusia jenis apa begitu malas sehingga rumah penuh sampah sarap dan kotor lagi menjijikkan.

Dan anda tahu apa yang lebih membuat kita rasa marah? Kerana dalam dunia ini, bukan mereka saja ibu bapa yang tak berguna dan pemalas.

Jagalah anak anda dengan sebaik mungkin. Jangan jadi seperti mereka. Lihat lagi 16 gambar rumah mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.




 photo article-2557675-1B6C9F5000000578-204_634x220.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F4600000578-655_634x268.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F4600000578-411_634x4671.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F4600000578-461_634x409.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F4600000578-814_634x453.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F4600000578-542_634x431.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F4600000578-180_634x248.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F3500000578-947_634x217.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F3500000578-818_306x306.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F3D00000578-980_306x306.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F3500000578-48_634x214.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F3D00000578-912_634x238.jpg
 photo article-2557675-1B6AF96600000578-734_634x530.jpg
 photo article-2557675-1B6C9F3D00000578-382_634x228.jpg
Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...