Melalui pelbagai cabaran hidup sebagai suami isteri, pelawak Achey membuatkan ramai terharu apabila membuat kejutan yang sangat istimewa pada hari lahir isterinya, Nor Hasanah baru-baru ini dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi TT yang berharga lebih RM 300,000 demi menghargai segala pengorbanan suri hatinya itu selama ini.
Rata-rata peminat memuji Achey yang tidak mudah lupa diri meskipun sudah berjaya dan sering ingin memberikan layanan yang terbaik buat isterinya. Mereka mendoakan agar pasangan ini terus bahagia dan Achey dimurahkan lagi rezekinya.
Bahagia betul kami lihat pasangan ini dan semoga kekal sebegini sehingga ke akhir hayat. Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari lahir isteri Achey dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : Razip Foto Vedio