Seorang krew filem Australia, diketuai oleh jurusinematografi Abraham Joffre, terserempak dengan cakera bibir terbesar di dunia di sebuah lembah terpencil selatan Ethiopia.
Mereka sedang memfilemkan siri dokumentari untuk Canon Australia apabila membuat penemuan itu.
Kami sedang bersiar-siar dengan jurupandu tempatan. Semasa terserempak wanita itu, kami semua terkejut.
Rekod cakera terbesar di buku rekod Guiness sebelum ini ialah cakera dengan diameter 15 cm.
Cakera bibir ialah tradisi lama wanita Surma yang tinggal di lembah Omo Rover di Ethiopia.
Pada masa kini, kerajaan Ethiopia telah mengambil langkah mengharamkan perbuatan ini, dan tradisi ini juga semakin dilupakan.
Cakera ini membawa makna tertentu. Ia bertujuan menarik minat lelaki untuk mengahwini wanita dan juga sebagai mas kahwin untuk keluarga isteri, yang menyediakan sekawan lembu sebagai hadiah, berpadanan dengan saiz cakera.
Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.