15 Tahun Terlantar Koma, Putera Arab Saudi Beri ‘Kejutan’ Gerakkan Jari

Trending

15 Tahun Terlantar Koma, Putera Arab Saudi Beri ‘Kejutan’ Gerakkan Jari

Biarpun telah terlantar koma dan bergantung kepada mesin pernafasan selama 15 tahun, namun Putera Al-Waleed Khalid Al-Saud, kini seakan menunjukkan tindak balas positif selepas beliau kini dilihat sudah mampu menggerakkan dua jarinya.

Ia sekali gus memberi harapan semula kepada bapanya, Putera Khalid.

Advertisement

Menurut laporan eg24.news, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kota London, beliau difahamkan hanya bergantung kepada mesin sokongan hayat sejak tahun 2005.

Ketika itu, beliau disahkan oleh doktor mengalami pendarahan yang serius dalam otak sehingga menyebabkan koma.

Bagaimanapun, Putera Khalid dan isterinya iaitu Puteri Mona Riad El Solh dikatakan tidak mahu menghentikan mesin pernafasan tersebut kerana yakin Putera Al-Waleed akan sedar satu hari nanti.

Menerusi beberapa buah rakaman video yang tular di Twitter, seorang individu dilihat menyapa Putera Al-Waleed Khalid Al-Saud yang terlantar di atas katil dengan meminta beliau menggerakkan jari­nya lalu mendapat respon yang baik apabila jarinya digerakkan semakin tinggi.

Untuk rekod, kali terakhir beliau dilihat menggerakkan anggota badan adalah pada tahun 2015. Namun, pada Januari tahun ini pula, kerajaan Arab Saudi pernah mengeluarkan kenyataan yang mengisytiharkan Al-Waleed sudah ‘meninggal dunia’ apabila paru-parunya mengalami pendarahan tidak terkawal.

Sumber: eg24.news

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...