“15 Tahun Jadi Makeup Artist Ni First Time Aku…” – Syedewa Buka Mulut Susulan ‘Dipetik’ Netizen Gara-Gara Jadi Jurusolek Dewi

Kehidupan

“15 Tahun Jadi Makeup Artist Ni First Time Aku…” – Syedewa Buka Mulut Susulan ‘Dipetik’ Netizen Gara-Gara  Jadi Jurusolek Dewi

Gara-gara diupah menjadi jurusolek kepada isteri bekas suami Cik Epal, nama Syedewa menjadi hangat dibual netizen.

Berikutan itu, MUA terkenal itu tampil memberi kenyataan di media sosial rasmi Instagram hari ini.

Advertisement

syed dewa dewi

First time selama 15 tahun aku jadi makeup artis ada orang DM aku cakap jangan post makeup yang aku buat sebab kalau aku post maksudnya aku support mana-mana pihak.

Tulis Syedewa lagi, dia tidak mengambil tahu urusan peribadi klien, selain hanya mengikuti kandungan berkaitan pekerjaannya di media sosial.

Tambahnya, dia mengambil jalan tengah dengan menghormati orang yang sensitif dengan isu ini dan juga hanya ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang yang diupah oleh klien bagi mencantikkan mereka di hari bahagia.

Susulan itu, Syed dilihat ada memuat naik foto Dewi di Instagram Story buat tatapan peminat dan pengikutnya di media sosial.

syed dewa dewi

Sebelum ini, nama Dewi dan Jofliam menjadi tumpuan ramai setelah kedua-duanya selamat bergelar suami isteri setelah melalui tempoh ‘peperangan’ dengan bekas isteri Jofliam yang juga pensohor dan usahawan Cik Epal.

Terpalit dengan isu curang dan menjalinkan hubungan di saat masih bergelar suami kepada Cik Epal, Jofliam dan Dewi akhirnya bernikah meskipun dikecam ramai pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fara Salleh diceraikan shuk sahar
1 hour ago

"Dasar Pengecut" - Fara Salleh Dakwa Diceraikan Shuk Sahar Menerusi Panggilan Telefon Di Siam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...