15 Tahun Berkahwin, Isteri Masih ‘Tergilakan’ Kekasih Lama

Trending

15 Tahun Berkahwin, Isteri Masih ‘Tergilakan’ Kekasih Lama

Setiap suami pastinya akan merasa cemburu sekiranya mengetahui isterinya kerap berhubung dengan lelaki lain. Tidak kiralah menggunakan status teman rapat, abang angkat atau apa sekalipun, mustahil sekiranya tidak terbit perasaan insecure di dalam hati si suami.

Perasaan cemburu akan lebih menjadi-jadi sekiranya isteri secara terbuka memberitahu berhasrat untuk bertemu dengan bekas kekasih lamanya.

Advertisement

Itulah yang berlaku kepada seorang suami yang berkongsi kisahnya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Suami itu menceritakan masalah rumah tangga yang dihadapinya bermula apabila si isteri menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan bekas kekasih sewaktu ditugaskan bekerja di luar kawasan.

Salam admin.
Aku tgh sakit kepala, sedih dan marah.
Wife aku kena outstation kat negeri x-bf dia kerja. Dia mintak izin…

Posted by Kisah Rumah Tangga on Saturday, 11 July 2020


Dia menyatakan yang dia keberatan untuk ‘menunaikan’ permintaan isterinya itu kerana tiga tahun lalu rumah tangga mereka pernah bergolak gara-gara isterinya bertemu dengan bekas kekasih yang sama.

Sanggup jadi isteri kedua

“Aku tak faham kenapa wife aku nak cari penyakit. Orang tu dah ada isteri. Kerja biasa je. Sanggup pula dia nak jadi isteri kedua. Pinjam duit wife aku pun tak bayar lagi.”

Menurut suami itu juga, di dalam usia perkahwinan mereka yang telah menjengah 15 tahun itu, dia telah berusaha memberi layanan yang baik kepada isterinya malah sentiasa membantu dalam menguruskan hal rumah tangga.

Pasangan ini juga telah dikurnaiakan cahayamata dan si suami berasa kasihan kepada anak-anak mereka sekiranya berlaku perpisahan.

Gambar hiasan

Terpaksa lafazkan taklik

“Sekarang ni dia tengah merajuk sebab aku bagi taklik kat dia. Kalau dia jumpa juga dengan ex-boyfriend dia tu jatuh talak dan anak semua aku ambil.”

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap suami tersebut. Mereka juga menyokong dan memberikan nasihat agar lelaki tersebut terus bertegas dengan isterinya.

“Encik dah buat yang terbaik untuk rumahtangga. Memang patut buat taklik sebab kedegilan dia jadi berserah kepada Allah. Jika dia langgar taklik anggaplah ada jodoh yang lebih baik menanti.”

Perkongsian tersebut mendapat lebih 1500 komen dan 247 shares setakat ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...