15 Perkara Menjengkelkan Yang Pencari Kerja Di Malaysia Lakukan

Trending

15 Perkara Menjengkelkan Yang Pencari Kerja Di Malaysia Lakukan

Seorang perekrut di agensi pekerjaan di Malaysia berkongsikan tabiat buruk yang selalu dilakukan oleh fresh grad atau pencari kerja di Malaysia.

Advertisement

Beliau menggunakan nama samaran “Kleyow” di forum Reddit Malaysia berkongsi 15 perkara yang menjengkelkan berkenaan pencari kerja di Malaysia berdasarkan pengalamannya.

Kami memelih 10 yang kami rasakan penting untuk anda:

1. Pencari kerja dari latar belakang yang berbeza yang memohon pekerjaan di industri yang sangat berbeza dengan syarat pengalaman yang ditetapkan.

Tambahnya, dia tidak kisah dengan pencari kerja yang memohon untuk jawatan yang lebih tinggi dalam industri yang sama, namun ia haruslah sepadan dengan syarat pengalaman yang dinyatakan.

2. Pencari kerja yang memaksa perekrut menaikkan gaji yang ditawarkan. Perekrut tiada kuasa untuk menaikkan gaji yang ditawarkan. Hanya majikan yang mampu menawarkan gaji yang tinggi dan menyemak semula gaji yang ditawarkan.

3. Alamat e-mel yang tidak profesional seperti “pwincess/neko/da_donz/X’s dan Z’s” dibelakang nama mereka.

4. Pencari kerja yang hanya memberikan nama jawatan dalam ‘resume’ dan tiada penerangan tentang apa yang dilakukan sewaktu menjawat jawatan berkenaan.

5. Graduan yang lambat hadir ke tempat temu duga, pakai pakaian yang tidak kemas, broken english (walaupun dari public Uni) atau terlalu gemuruh ketika ditemu duga dan gagal membawa dokumen yang diinginkan.

6. Graduan yang tiada pengalaman kerja meminta gaji sebanyak RM3,500 dalam pemohonan.

7. Ingin bercakap bahasa Melayu sahaja semasa temuduga melalui telefon (kalau client nak English speaker, memang tak la cakap BM dengan hang)

8. Mencari kerja yang hanya memerlukan 1 – 2 jam memandu atau 3 – 4 jam menggunakan pengangkutan awam dan tidak mahu berpindah ke kawasan yang dekat dengan tempat kerja.

9. Pencari kerja tidak hadir ke temu duga yang diaturkan tanpa memberikan notis dan telefon mengapa mereka tidak boleh hadir.

10. Pencari kerja yang tidak sabar. Yang bertanya status pemohonan selepas sehari pemohonan diproses dan dihantar kepada syarikat.

Pandangan dan pengalaman tersebut diterbitkan di forum Reddit dengan tajuk asal “I am working as a recruiter in a work agency for almost 3 months. Malaysian jobseeker shenanigans are endless.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...