Seramai 15 orang calon pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah digagalkan kerana didakwa telah dianiaya oleh ketua pengawas peperiksaan.
Melalui perkongsian Nabeel Naqie di Facebook, kertas peperiksaan calon telah dibatalkan hanya kerana membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan secara tidak sengaja.
Difahamkan, semasa hari kejadian, peperiksaan dimulakan dengan keadaan tergesa-gesa dan ketua pengawas juga lewat hadir serta memulakan peperiksaan dalam keadaan kelam kabut.
Selain itu, Nabeel mendakwa bahawa ketua pengawas gagal memberikan pengumuman tentang larangan membawa bahan terlarang ke dalam dewan dan mengakibatkan 15 orang calon tidak sengaja membawa telefon bimbit.
Ketua pengawas dikatakan membuat pengumuman kepada pelajar untuk menyerahkan telefon bimbit ketika peperiksaan sedang berlangsung dan berjanji tidak akan mengenakan sebarang tindakan.
Namun begitu, ketua pengawas telah beralih arah dengan membatalkan kertas Sejarah calon selepas telefon bimbit diserahkan dan mengakibatkan calon dengan serta merta gagal dalam subjek berkenaan.
Pelajar yang jujur telah terpengaruh dan menyerahkan telefon mereka. Namun pelajar dijatuhkan hukuman dengan kertas sejarah mereka ‘DIBATALKAN’.”
Difahamkan beberapa aduan rasmi telah dibuat namun Nabeel mendakwa pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seolah-olah melindungi pengawas peperiksaan tersebut.
Walau bagaimanapun, setakat ini tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung kejadian tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.