Superman merupakan watak superhero yang sangat memberi inspirasi kepada dunia. Boleh dikatakan semua generasi mengenali watak lelaki memakai seluar dalam ini. Variasi kekuatan Superman memuncak pada tahun 1970-an hingga 1980-an dimana ketika itu penulis sudah merasa kesulitan untuk membuat cabaran baru yang sesuai untuk karakter Superman. Kekuatan Superman berkurang secara significant ketika kisahnya ditulis semula oleh John Byrne setelaj siri “Crisis on Infinite Earths”. Namun kuasa yang dimiliki oleh superman berubah mengikut perubahan penulisnya.
Hidup dengan tenaga tenaga solar (Living Solar Battery)
Kekuatan Superman mengandakan kemampuan sel-sel untuk menyerap dan metabolismekan tenaga solar dari bintang-bintang seperti matahari bumi. Tubuh Krypton Nya adalah “bateri matahari” yang menyerap tenaga matahari dan menukar tenaga tersebut untuk menjadi bahan bakar bagi kekuatanya.
Kekuatan super (Superhuman Strength)
Superman mempunyai kekuatan jauh lebih tinggi daripada manusia biasa, lebih kuat dari lokomotif, bahkan dalam salah satu filem, Superman mampu menghentikan pesawat yang jatuh dengan kekuatanya.
Kebal (invulnerability)
Superman kebal dari segala macam bentuk bahaya dan penyakit, termasuk kekuatan ekstreme dan suhu yang sangat tinggi. Selama bertahun-tahun Ia menyerap tenaga matahari menyebabkan tubuh Krypton Clark menjadi hampir tidak boleh dihancurkan. Kulitnya tidak boleh ditembusi oleh peluru.
Penyembuhan (Healing Factor)
Superman terbukti mempunyai kekuatan penyembuhan yang luar biasa yang membolehkan dia untuk cepat sembuh dari luka dan membuatnya kebal terhadap segala bentuk penyakit, virus dan racun. Superman akan menyembuhkan diri lebih cepat bila ia lebih dekat dengan matahari dan menyerap lebih banyak sinar matahari.
Terbang
Kemampuan Superman untuk melawan grafitasi dan mendorong dirinya untuk terbang melalui udara. Awalnya, ia hanya mempunyai kekuatan untuk melompat jarak yang jauh, seperti yang ditayangkan di kartun Superman tahun 1940.
Kelajuan super
Salah satu ciri kekuatan Superman adalah kelajuan super yang membolehkan Superman untuk bergerak, bertindak balas, berlari, dan terbang sangat cepat.
Awalnya diklasifikasikan sebagai “lebih cepat daripada kelajuan peluru”, membolehkan dia untuk menangkap peluru di udara. Kelajuan tertinggi berkisar dari hampir seratus batu per jam ketika ia pertama kali dibuat pada 1930-an dengan kelajuan yang jauh lebih cepat daripada kelajuan cahaya.
Penglihatan Tembus Pandang (X-Ray Vision)
Kemampuan untuk melihat melalui benda padat, kecuali timbal. Cerita awal diandaikan bahawa menyembunyikan benda-benda akan mencegah Superman untuk mencari benda tersebut, namun, cerita yang lebih moden Superman mampu melakukan scan dengan penglihatan X-Ray dimana objek utama menjadi terlihat dan kemudian menyempitkan carian ke lokasi-lokasi tertentu.
Kecerdasan super
Superman mempunyai kecerdasan yang dalam tingkat genius. Orang-orang dari Krypton sudah genius, mereka mempunyai peradaban dan teknologi ribuan tahun lebih maju daripada di Bumi. Di hadapan matahari kuning (Matahari), kecerdasan Superman semakin meningkat, memberinya kecerdasan yang hebat dan membolehkan otak untuk beroperasi lebih cepat dari super komputer.
Memori eidetic
Superman dipaparkan untuk mempunyai memori atau ingatan yang sempurna, Ia mengingat semua yang pernah dilihat, dibaca, atau didengar. Superman sering digambarkan megerti banyak bahasa dan budaya bumi.
Penglihatan panas (Heat Vision)
Kemampuan untuk mengeluarkan tenaga solar dari matanya. Biasanya berwarna merah terang atau oren seperti sinar laser, yan tidak kelihatan pada suhu rendah tetapi sangat terang di suhu yang tinggi.
Pernafasan Super
Kemampuan untuk menghirup dan menghembuskan udara dalam jumlah yang besar dan kuat, mampu memadamkan kebakaran besar dan memindahkan benda berat seperti kereta. Pernafasan super juga membolehkan Superman untuk menahan nafas untuk masa yang lama dalam lingkungan tanpa udara.
Pendengaran super
Boleh mendengar suara jauh lebih detail, pada jarak yang jauh dengan lebih keras dari manusia biasa, termasuk suara pada frekuensi yang tidak dikesan oleh manusia seperti wisel anjing. Superman mampu menapis sebahagian besar suara untuk dapat berfungsi secara normal, walaupun dalam persekitaran yang bising, dan boleh fokus pada hal-hal tertentu, seperti suara atau degupan jantung seseorang, bahkan jika mereka berada di bahagian lain dari bandar.
Penglihatan super
Matanya mempunyai kemampuan untuk melihat lebih jauh dengan ketepatan yang lebih tepat dan terperinci dari manusia biasa. Kadang-kadang termasuk keupayaan untuk melihat kekerapan EM yang tidak terlihat oleh manusia, seperti penghantaran radio, sinar inframerah, aura bioelectric yang mengelilingi semua makhluk hidup, bahkan dalam kegelapan yang gelap gelita.
Penciuman super
Superman mempunyai indra penciuman yang sangat tepat setanding dengan beberapa haiwan seperti anjing. Boleh digunakan untuk mengesan hal-hal seperti bahan kimia dalam bom yang disembunyikan di suatu tempat di dalam bilik yang ramai.
Ahli Bertempur (Seni Beladiri)
Beberapa cerita menggambarkan Superman mempunyai kemampuan berkelahi dengan atau tanpa kemampunay karean telah dilatih tinju oleh Wildcat dan seni beladir oleh Mongul.
Ini lagi WIN!!