Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, antara kemestian yang ditunggu-tunggu semestinya iklan-iklannya. Ada pelbagai cara dan kreativiti ditonjolkan pelbagai jenama untuk menyampaikan mesej masing-masing. Semuanya best dan ada tarikan tersendiri. Ini iklan Raya 2022 korang wajib tonton tahun ini.
Vochelle
Pernah tak bila orang teringin air tangan kita dan kita pun berbesar hati untuk membuat menu itu tapi lain pula jadi kemudiannya. Iklan Vochelle ini mengangkat tema persahabatan dan hubungan erat girl group kolej yang kekal utuh walaupun lama tidak bersua. Walaupun yang berlaku, ikatan persahabatan mereka kekal teratas dalam hidup mereka.
Watsons
Dulu masa kecil, mesti kita pernah terfikir masa depan yang penuh futuristik ala filem sains fiksyen ditonton kan? Nak tengok segala yang luar biasa tentang Raya? Tonton iklan #WatsonsRaya2022 Gaya Raya Luar Biasa ni. Memang semua elemen masa depan ada lah, dari kereta terbang, polis virtual, portal teleport, syoknya!
Safi
Sambungan untuk iklan tahun lepas, Safi kembali dengan Raya Kau Hijau 2.0. Kisah Anggun yang terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa usul periksa, akhirnya memang plot twist! Haa, lain kali jangan main terjah je, kan dah malu sendiri. Nak tahu kenapa, kenalah tonton!
Gamuda Land
Kadang-kadang kita mempersoal kenapa kita tidak mendapatkan apa yang diinginkan. Sebenarnya, mungkin itu bukan yang kita perlu tapi hanya keinginan semata. Gamuda Land membawakan iklan raya penuh pengajaran sempena bulan mulia ini, sebaknya.
Saji
Tidak dapat dinafikan, Raya sekarang tak macam dulu-dulu ketika ketika masih kecil. Kemeriahannya mungkin tak sama lagi seiring perubahan masa. Tahu tak apa yang lebih penting? Raya betul-betul terasa Raya, bila kita raikan bersama mereka yang tersayang.
S P Setia
Berbuat kebaikan amat dituntut tak kira masa. Apa yang dilakukan perlulah lahir dari hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan atau pujian manusia. SP Setia membawakan iklan penuh menyentuh hati kisah 2 anak berjudul Mengejar Pahala. Relevan dengan keadaan semasa dan wajib tonton!
Lim Tayar
Perjalanan balik kampung Zati dan abah menjadi kenangan manis buat anak tanpa ibu itu. Sedar tak sedar, segala memori menjadi kenangan manis buat Zati sehinggalah dia dewasa.
Sunway
Manusia dan alam tidak dapat dipisahkan. Si cilik Aida ada cara tersendiri untuk memastikan Raya tahun ini dapat disambut tanpa gangguan bekalan elektrik. Kecil-kecil cili padi, mungkin kita pun boleh cuba apa yang Aida buat nanti?
Digi
Sejauh mana perjalanan ditempuh, ikatan kasih membawa kita ke pangkuan tersayang. Mesej ringkas penuh mendalam dan bermakna pasti buatkan hati penonton untuk terus balik menemui yang tersayang walaupun sejauh mana terpisah.
RHB
Perbezaan tidak sepatutnya memisahkan namun memberikan peluang untuk kita saling mengenali dan meraikan perbezaan. Menyampaikan mesej dari Arissa Jemaima Ikram Ismail yang mengasaskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi golongan tidak didendangkan ini memberi nafas segar untuk iklan raya.
foodpanda
Cakap-cakap kosong golongan makcik di kampung walaupun sekadar pembuka kata, dalam tak sedar membuatkan Yana terasa hati. Alahai makciknya pun, macam-macam hal. Tapi apa yang lebih penting adalah sama-sama kita melengkapi untuk sambutan penuh keriangan.
Spritzer
Bila dia datang je, semua orang kena layan dia. Ada-ada je si Vivi ni. Dari show-off beg Hermis sampailah nak kena ambil OOTD. Tapi ada benda yang dia tak boleh complain, baru dia tahu penangan menu paling berseri!
Maxis
Tema persahabatan sekumpulan buskers yang perlu mengambil haluan masing-masing. Sarat emosi dan menguji kesetiaan hubungan persahabatan mereka. Mampukah mereka kekal bertahan menghadapi ujian?
Grab
Nak Raya setahun sekali kenalah all out berbelanja kan? Tapi macam mana kalau nak Raya sakan tapi masih berjimat? Haa, yang tu kenalah guna Grab, semua pun boleh tau, jimat tapi Raya tetap onz!
Julie’s
Ini iklan Raya baru, tau? Ingat nak buat iklan Raya senang ke? Proses di sebalik tabir iklan Raya yang mantap, padu dan mendapat sambutan ramai oleh Tuan Direktor (Amerul Affendi). Tahun ni nampaknya bukan wanita je ada masalah dengan skrip. Aik apa lagi agaknya tu?