15 Idea Mengemas Rumah DIY Untuk Anda Yang Rasa ‘Terperangkap’ Di Dalam Rumah

Kehidupan

15 Idea Mengemas Rumah DIY Untuk Anda Yang Rasa ‘Terperangkap’ Di Dalam Rumah

Bagi anda yang sedang mencari cara yang berguna untuk menghabiskan masa semasa tempoh kuarantin ini, jangan risau di sini terdapat beberapa idea bernas untuk dilakukan sendiri atau dilakukan bersama ahli keluarga.

Mungkin anda bergelut dengan ruang simpanan, penyusunan atau hanya reka bentuk apartmen yang kurang bersemangat yang memerlukan sedikit nafas baru. Dengan tempoh masa yang panjang berada di rumah tidak salah sekiranya anda melakukan sesuatu perkara yang kreatif dengan tangan anda.

Advertisement

1. Ubah suai pintu almari anda

Rasa seperti memerlukan almari yang baru? Jangan membazir apa kata anda cuba lihat Keita Turner, seorang pereka yang memberi inspirasi dengn hanya menggunakan kain beberapa meter dan stapler gun.

almari 2. Besarkan tanaman

Sekiranya anda mempunyai pokok di rumah, tips ini khas untuk anda. Tambahkan lagi koleksi tanaman anda dengan cara pembiakan secara semula jadi. Kenal pasti dahulu cara pembiakan untuk setiap pokok yang anda ada.

pokok 3. Tukar tombol pintu

Mesti anda tertanya-tanya kenapa mesti tombol pintu? Percayalah perubahan yang kecil seperti ini mampu memberi impak yang besar. Hanya 10 minit diperlukan untuk menukar tombol dan anda pastinya berasa kagum.

tombol pintu 4. Tutup pekakas dapur yang lama

Tidak perlu bersusah payah mencari kain dan menjahit untuk menutup pekakas lama anda yang sudah kelihatan kusam. Kertas dinding yang biasa juga mampu memberikan mood yang lain apabila anda melangkah ke dapur.

dapur 5. Tukar sususan barang di atas rak

Bila kali terakhir anda menukar susunan di rak yang terdapat di rumah anda? Pasti sudah lama jika anda berfikir jawapannya. Sambil mendengar lagu, anda boleh perlahan-lahan menyusun rak anda mengikut gaya masing-masing.

rak 6. Gantung sedikit lukisan

Apakah ada cara yang lebih baik untuk menambah dinding kosong selain menggantung beberapa seni lukisan atau gambar di dinding tersebut? Lukisan dan gambar yang digantung boleh mengubah rupa keseluruhan ruang tersebut.

dinding 7. Cipta tempat gantung

Tiada ruang untuk menyimpan topi anda? Perlukan rak untuk tuala? Atau adakah anda memerlukan ruang tambahan untuk menggantung beberapa tumbuhan? Tangga DIY ini bukan sahaja berfungsi, tetapi ia juga mendapat tarikan sesiapa yang melihat.

tempat sangkut 8. Tunjukkan set pinggan mangkuk

Inilah masanya untuk anda mengetahui berapa banyak set pinggan mangkuk yang anda telah kumpul. Susun secara kemas dan letakkan di hadapan meja makan. Anda tidak memerlukan kabinet yang mahal, anda hanya memerlukan rak A-frame DIY.

meja makan 9. Labelkan bahan masakan

Gunakan font kegemaran anda untuk memastikan botol minyak dan cuka anda tersusun kemas di dapur sesuai dengan hiasan anda. Botol bergaya ini dibuat dengan menggunakan teknik transfer sheets.

bahan masakan 10. Pamerkan buku anda

Tips ini sangat bagus untuk meletakkan buku kanak-kanak yang nipis. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan berasa tertarik untuk menyelak buku-buku dan mula membaca bersama anda.

buku 11. Susun rempah ratus

Penyimpanan rempah kadangkala merupakan perkara yang rumit. Menyimpan di dalam almari bermakna anda akan menggali untuk mencari rempah yang ingin digunakan pada ketika itu. Anda boleh menyusun berdasarkan rempah yang kerap anda guna di bahagian bawah.

rempah ratus 12. Warnakan kunci

Kita semua pernah mengalami situasi yang mana keliru dengan kunci yang kita ada. Cat setiap kunci dengan warna yang berbeza untuk membezakannya. Menggunakan cat kuku adalah kaedah yang paling mudah.

colored keys

13. Simpan cecair pencuci secara menegak

Bakul pancuran bukan hanya untuk digunakan ketika anda mandi. Gunakan alat penyimpanan barang mandi untuk menyimpan detergen, cecair peluntur, cecair pembasmi kuman dan apa-apa kemungkinan lain.

pencuci tandas

14. Kemas meja mekap anda

Semua kawasan setiap inci di rumah anda sudah berkilat anda bersihkan. Inilah masa untuk diri sendiri dan kemas segala alat solek termasuk berus dan pelbagai lagi. Mana yang sudah tamat tarikh luput, jangan lupa dibuang!

rak mekap 15. Klipkan pengecas

Tips yang amat mudah ini akan menjadikan hidup anda lebih mudah. Jika anda ingin mengecas sambil berada di atas meja, pasang klip binder ke tepi. Wayar pengecas anda tidak akan hilang di bawah katil sekali lagi.

binderclips-kabels

Lakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menjalankan arahan tersebut dengan penuh disiplin. Yang penting, duduk diam-diam di rumah!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...