Pada malam 21 Mac lepas, Hanis Zalikha telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan Hairul Azreen di kediaman Hanis di Bukit Jelutong. Bagaimanapun, Hairul Azreen tidak hadir ke majlis itu dan hanya diwakili oleh keluarganya sahaja.
Melalui mStar Online, Hairul memberitahu dia tidak hadir ke majlis pertunangan sendiri kerana mahu ahli keluarganya mengenali sendiri Hanis dengan lebih dekat dan kerana dia telah membuat lamaran secara langsung kepada Hanis dalam finale Gegar Vaganza.

Hairul kini mengusahakan satu studio yang menyediakan set hospital untuk kegunaan produksi penggambaran drama dan filem dan berhasrat mengembangkan perniagaan dalam bidang lain.
Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Hanis Zalikha.













