Abang Nara mengkagumi sifat keusahawanan yang ada di dalam diri Neelofa. Walaupun baru sahaja menceburkan diri di dalam bidang lakonan, namun Neelofa sedar yang kepopularitian tidak akan bertahan selama-lamanya. Dan semalam, Neelofa telah pun melancarkan produk kecantikan terbaru miliknya yang diberi nama Bella Vita.
Bella Vita buat masa ini khusus untuk kaum Hawa yang mahukan bukan sahaja kecantikan luaran, tetapi juga kesihatan dari dalam badan. Semasa menghadiri majlis ini semalam, Abang Nara dan jurukamera telah pun tersilap apabila meneka ibu Neelofa sebagai kakaknya. Sememangnya ibu Neelofa sangat awet muda. Mungkin ini hasil daripada penggunaan Bella Vitta.
Lagi 13 keping gambar Neelofa di majlis pelancaran Bella Vita dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sekiranya anda berminat dengan produk ini, boleh layari www.bellavita.my.