Jumaat lepas, satu sesi bertemu peminat telah diadakan di untuk Lee Min Ho, pelakon popular Korea sebagai duta portal membeli-belah dalam talian iaitu 11street di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Turut berada di majlis itu ialah Emily Chan, yang juga duta portal tersebut.
Khabarnya,ahli kelab peminat Min Ho yang dikenali sebagai Minoz sudah beratur di pintu masuk Nu Sentral sejak 8.00 pagi walaupun majlis hanya bermula jam 5.00 petang. Gigih sungguh peminat Min Ho di Malaysia, kan? Kemunculan Lee Min Ho memakai kot merah dan seluar putih santai di majlis itu mendapat sorakan peminatnya yang berduyun hungga ke pintu masuk.
Apa yang menarik, beberapa orang peminat Min Ho berbangsa Melayu telah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya, tetapi Min Ho tidak menyambut salam itu dengan sopan dan baik. Mungkin dia telah diberitahu tentang tatacara yang betul untuk melayan peminatnya bagi mengelakkan kontroversi.
Seramai 22 orang peminat telah mendapat peluang untuk bergambar dengan Min Ho secara peribadi kerana memenangi peraduan yang dianjurkan oleh 11street.
Ini ialah kemunculan kedua Min Ho di Malaysia tahun ini, setelah muncul dalam satu majlis tertutup Januari lepas. Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook 11street.
KONSERT CAK LEMPONG EKSTRAVAGANZA 2015Jangan lupa dating menyaksikan dan memeriahkan Konsert Cak Lempong Ekstravaganza…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 April 2015