Written by AbangNara | December 10th, 2013

Banjir yang melanda Pahang sejak beberapa minggu lepas merupakan ujian yang sangat besar kepada penduduk negeri tersebut. Banyak kereta, rumah, barangan berharga dan macam-macam lagi yang musnah dalam bencana alam ini. Abang Nara ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang mengalami kerugian. Bertabahlah, sesungguhnya ujian Allah itu diberikan kepada mereka yang mampu menerimanya.

siti nurhaliza bantu mangsa banjir

Selaku anak kelahiran Pahang, Siti Nurhaliza telah pun turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Di bawah nama Yayasan Nur Jiwa dan SimplySiti, Siti sendiri menyingsing lengan dan mengagihkan barang keperluan kepada mereka yang memerlukan. Datuk K juga turut sama turun padang membantu isterinya itu.

siti nurhaliza bantu mangsa banjir

Tindakan Siti Nurhaliza ini seharusnya dipuji dan dicontohi oleh artis-artis yang lain. Sekurang-kurangnya hati para mangsa banjir gembira sedikit kerana dapat menatap wajah penyanyi nombor 1 negara ini secara “live”. Semoga usaha murni Siti ini dirahmati dan diberkati olehNya.

siti nurhaliza bantu mangsa banjir

Abang Nara tabik hormat kepada Siti Nurhaliza atas inisatifnya yang sangat-sangat awesome ini. Lagi beberapa keping gambar Siti Nurhaliza membantu mangsa banjir dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Latihan musim sejuk tentera Korea Selatan dan Russia

siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir

siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir

siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir

77 responses to (15 GAMBAR)Siti Nurhaliza Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

  1. minah jambu merah biru says:

    minah jambu suka siti berpakaian macm tu simple nice n sweet ..lov u siti semoga Allah memberi rezeki yg melimpah luah amin…sape jantan yg pakai baju merah tu? anak datu k ke? hensem..

  2. Dota2 says:

    flawless giler kulit tok ti..cantik..:)

  3. Anonymous says:

    Syukur malaysia masih ada rakyat yang prihatin :)

  4. anun says:

    last weekend ke pust pemindahan area kuantan. jd sukarela kt satu sekolah. keadaan memg kurang slesa. makan apa yg ada je.kami turut bwk mkanan kering utk alas perut.tp ad sesuatu yg menyedihkan trjadi, rasenye tak patut berlaku kt Negara kite yg kaya ngan maknan ni…yg menambhkan lg geram ad satu group parti, pegi ambik gambar, posing, tengok2 and balik…xpe la, harap mangsa semua redha dengan ujian and mendapat rezeki yg lebih baik selpas ini.

  5. bobo says:

    ashraf and adib pun ekot bapak and mak iti pg buat amal..suka tgok aksi dorang lam vid..elok je senyum2, gelak2 sesama sndiri..tak nampak kekok and sombong pun.

  6. nice says:

    dato’ ct sudah…dato’ rossa…?

  7. ibrahim says:

    tak dapat ke kalau tolong org tanpa cita kat org lain. dengan foto sana sini

  8. serikandi moden says:

    good job siti,i’m proud with you

  9. serikandi moden says:

    good job siti,i’m proud with you.you r the best

  10. kertu says:

    aku menunggu gak geng “dimoriancrew” p nolong mangse banjir, kalaw smue retis yg name2 besar bersatu, insyaallah boleh mmbantu.. membe aku kat pahang xmakan 3 ari kot, korang if nak anta bantuan plis tolong k, ade yg makan nasi bercampor hujan pon ade .. derma la 5 rggt pon jadila .. :(:( tahniah datoct moga rezki melimpah limpah .. amiin :)

  11. ct juga nama nyer says:

    Hai semua..i masak juga tau, mcm orang tu gak, utk tolong mangsa banjir..sorry la, i x der pic time masak ni..
    doakan i dpt baby tau, pasni.

  12. me jambul says:

    best nye… kakak aku pun ada kat belakang ct tu. Perkep IPD Kuantan turun padang jugak…

  13. Kak Mah Bini Abg Jib says:

    Tau tak kenape Siti ni x rase geli or segan nak melawat ke kmpung2 ni, tolong org2 ni? Sbb Siti sendiri berasal dr kmpung, naluri die tu dah terbiase dgn suasana susah sejak kecik.. So, dgn bg bantuan mcm ni secara x langsung umpama die bantu keluarga besar die.. Ni la contoh artis yg berjiwa rakyat.. Brang2 yg die sedekahkan pon bleh brkualiti jugak.. Beras Faiza, pampers Drypers dll.. Sesetengah org yg bg bantuan tu, ala kadar jek.. Just nak name, especially yg berpaksikan politik.. Ape pon, dgn amal jariah ni, smoga Siti sekeluarga trus murah rezeki dan dikurniakan anak nanti.. Amin… =)

  14. Mohdarief11 says:

    Tq siti.. Makcik saya dah cerita semuanya… Siti datang kat sek.Pandan tak pernah nampak siti berehat,siti terus membantu sehingga habis. makcik saya ada cerita juga ada seorang nenek tua menangis nampak siti. Nenek tu kata muka siti membuat dia nampak syurga di depan mata dia.. nenek ros namanya.. Saya ada juga baca pasal Mydin promote barang 1Malaysia utk bagi kat mangsa banjir tapi siti sendiri yang ingin membeli barang berkualiti utk dibagi ke mangsa banjir. Good job,May Allah bless your life siti.. Amin.

  15. izza says:

    terharu tgk siti tolong org banjir. adanya siti dalam kerluarga datok k, dia dah didik anak2 dato k buat amal jariah. bawak budak2 tu pegi tlg org susah. budak2 tu dah jadi biasa buat kebaikan. terharu sngt tgk ct. i believe ct buat cmni ( post kat insta) untuk menggalakkkan lebih ramai org menderma. ikhlas tu antara dia dgn Allah. yang penting smua yg dpt sumbangan dia akan mendoakan kesejahteraan hidop dia.

  16. ataspagar says:

    Harap2 ikhlas lah dan bukan kerana publisiti. Hari tu dia ni pergi kat satu stesen rtm, org2 yg bekerja kat situ dah excited nak bergambar dgn dia. Siti ni nak bergambar ramai2 je and 1,2 kali je. Sape2 yg nak amik gambar lagi dgn dia, dia tak layan. Nampak sngt sombong. Samalah satu kes kat holiday inn uk. Dah lambat, takyah lah nak srh org2 yg dah duduk dlm suite tu keluar kerana dia nak masuk. Sepatutnya booklah awal2. Bila pihak hotel tak layan, mulalah nak wat perangai. Datuk K tu punyalah sombong. Tapi kat sini nampak baik pulak, agaknya tau ade org amik gambar. Peminat2 fanatik minah ni mesti backup habis2. Takyah taksub sngt minat kat org. Di sisi tuhan sama je…

    • lihat says:

      Diamla kau hijau kertas. takdek makne nye. aku keje kat rtm ni byk kali gambr ngan siti. okay aje!

    • dengki ke? says:

      mcm pelik je posting ataspagar nie? dengki eh? ke mmg betul hijau kertas yg mmg slalu troll postings psal siti?

    • Hijau Daun says:

      Ala, kalo Siti ni teruk, sombong, kekwat, bajet, bongkak, poyo, keji, perasan n lain2 mcm ko mention tu, xde la die smpai skrg tetap famous n makin bnyak org suke die.. cukup2 la jadi haters tu ‘ataspagar’ oii.. nak kene die sembah ko dulu ke baru ko puas hati.. aq ni pon bukannye suke sgt dgn siti ni, tapi aq respect die sbb bagi aq die antara artis Malaysia yg sgt2 mnjaga peribadi, tatasusila die sume.. dari komen ko yg cenggini ni, aq rase ko lagi teruk dari die.. yer dak??

  17. kaykillua says:

    Bagusnya..camtu la kalau nak jadi artis contoh.

  18. […] (15 GAMBAR)Siti Nurhaliza Turun Padang Bantu Mangsa Banjir (74) […]

    • Assalamualaikum Wrmth Wbrkth…
      Dikesempatan ini saya doakan Kebahagiaan dan Ketenangan keatas yang Berbahagia Dato’ Siti bersama sekeluarga yang dikasihi senantiasa.. YBhg Dato’ secara jujur saya peminat YBhg Dato’ semenjak Dato’ mempersembahkan lagu dipertandingan Bintang RTM. Dimasa itu YBhg Dato’ masih belasan tahun. Saya kagum vokal kewanitaan, jelas dan bertenaga dengan pakaian berwarna merah pada masa itu. Tah kenapa airmata keluar, bangga dan kagum agaknya sebab saya mengagakkan YBhg Dato’ lah juara. Betul-betul juara. Pendekkan bait, saya hanya nak menyampaikan dan bukan paksaan hta, seandainya YBhg Dato’ pegang pada yang satu (Allah) genggamilah dan teruskanlah niat baik YBhg Dato’ lakukan sesungguhnya niat itu hanya Allah saja mengetahui seperti membantu mereka yang dalam kesusahan yang malang tak berbau dan kalau diikutkan hati tidak diundang akan kedatangannya. Namun lubuk hati insan yang mulia mempercayai akan hikmahNya, kan?. Dugaan itu peneman, kata-kata yang menyakitkan itu tak kuat sebenarnya jika kita mengamati kemuliaan itu sebenar-benarnya jiwa ini akan terasa Allah menyentuh kita… Indahnya hidup ini (dunia dan akhirat) pejamkan mata senyum dalam jiwa..Tiada Bahasa yang dapat digambarkan mahupun menggungkapkannya ke…………itu…
      Akhir bait teruskanlah perjuangan semampu dan seadanya.. saya sekeluarga mendoakan ketenteraman jiwa, hati yang sihat, kebijaksanaan, keSabaran yang tinggi dan kebahagiaan hidup kepada YBhg Dato’ bersama keluarga dan semua…Amiin
      Mohon maaf dan Terima Kasih, Salam…

      Muallaf North Borneo Timbers