Kalau orang comel, letak apa pun tetap comel juga. Sekiranya ada gelaran pelari paling comel walaupun telah disaluti serbuk warna di ‘The Color Run’ yang telah berlangsung hujung minggu lalu, pastinya ia menjadi hak mutlak Datuk Siti Nurhaliza. Walaupun penuh taburan serbuk warna di wajahnya, kecomelan beliau masih jelas terserlah. Wife Abang Nara yang tengok gambar-gambarnya pun melahirkan rasa kekaguman.
Abang Nara terasa rugi pula tidak menyertai ‘The Color Run’ ini. Jelas terserlah kemeriahan, kegembiraan dan keseronokan di wajah para pesertanya. Semuanya tersenyum riang. Pasti seronok berlari sambil dibaling serbuk warna. Datang berlari memakai baju putih dan apabila balik sudah dipenuhi dengan warna-warna pelangi. Best kot!!!
Kalau tak silap, ini adalah kali pertama ‘The Color Run’ diadakan di Malaysia. Diharap ia akan diadakan lagi tahun hadapan. Boleh Abang Nara join. Lagi beberapa gambar Datuk Siti Nurhaliza yang maintain comel dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Evolusi kasut NIKE selama 43 tahun