Jumaat lalu, Jojie, kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella telah pun sah bergelar isteri kepada Syahrizal Ismail dengan sekali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan yang telah berlangsung pada waktu malam di Masjid Ara Damansara. Jojie telah menerima mas kahwin RM888 dan wang hantaran RM20,000 serta tujuh dulang. Kedua-dua pasangan pengantin kelihatan cantik berseri-seri dengan persalinan serba putih.
Untuk makluman, Jojie yang berusia 50 tahun dan Syahrizal 36 tahun telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu. Jojie kelihatan seperti gadis berusia 20-an di hari pernikahannya. Cantik yang amat. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.
Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Jojie dan Syahrizal dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ministry of Moment.
P.S: Pening nak promosikan produk anda sempena Ramadhan ini? Tak perlu gusar, tak perlu bimbang. Email sahaja ke [email protected] untuk dapatkan pakej pengiklanan khas sempena Ramadhan dari kami. Dengan lebih 2 juta pelawat sebulan, anda pasti pening kepala bila tempahan masuk berpusu-pusu. Terbaik!!!