Amboi, berseri-serinya pengantin baru Ummi Nazeera dan Izzar Anwari ini. Suka Abang Nara melihat pasangan ini. Minggu lalu, Ummi telah pun diraikan di majlis bertandang bagi pihak pengantin lelaki. Kedua-duanya tampak kacak, cantik dan sepadan dengan persalinan songket berwarna kelabu lembut. Memang bak pinang dibelah dua.
Sekali lagi Abang Nara nak ucapkan tahniah buat Ummi dan Izzar atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat menimang cahaya mata. Perkahwinan ini adalah satu perjalanan yang panjang. Banyakkan bertolak ansur, memahami dan terus mempercayai antara satu sama lain walau pelbagai ujian mendatang.
Lagi beberapa gambar sekitar majlis bertandanga Ummi Nazeera dan Dr Mohd Izzar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Instagram Ummi Nazeera.