Anak adalah anugerah Allah yang paling indah buat pasangan suami isteri. Kehadiran seorang anak mewarnai kehidupan suami isteri. Walaupun penat menjaga anak, bangun malam buat susu, anak menangis tanpa henti dan pelbagai lagi kerenah, namun segala kepenatan dan kepayahan itu akan hilang apabila melihat si anak membesar dengan sihat. Senyumannya menjadi pembakar semangat buat kita untuk terus bekerja keras demi masa hadapannya.
Setahun yang lalu, Lara Alana telah muncul di dalam kehidupan pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Sejak kecil memang Lara tersangatlah comel. Kini dah setahun, makin comel gayanya, lebih-lebih dengan rambut ‘helmet’. Seronok melihat keletah Lara Alana yang dikongsikan oleh pasangan ini di akaun Instagram mereka. Kadangkala tergelak kecil melihat aksi comel Lara.
Selamat hari jadi diucapkan buat Lara Alana. Semoga membesar dengan sihat, sempurna dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu dan ayah. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.