Syawal ini adalah raya terakhir yang disambut berdua oleh Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran. Insya Allah Syawal tahun hadapan, sambutan hari raya Aidilfitri pasangan suami isteri ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka. Menurut informasi, Fouziah Gous dijangka bakal melahirkan anak hasil perkongsian hidupnya dengan Zhafran pada bulan Disember ini. Ada lagi kira-kira 4 bulanlah kiranya.
Abang Nara perhatikan muka Fouziah Gous makin berseri-seri sejak hamil ini. Orang kata kalau berseri-seri sangat ini maksudnya anak lelaki. Hehehe. Tak kisahlah lelaki ke perempuan, yang penting cahaya mata tersebut dilahirkan dengan sihat dan sempurna. Tak gitu?
Semoga segalanya berjalan lancar buat Fouziah Gous dan suami. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Banyakkan berehat. Banyakkan berdoa. Lagi beberapa gambar bakal ibu ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.