Pengaruh majalah Hijabista nampaknya sangat kuat sehingga telah diwujudkan sebuah rancangan khas yang diberikan nama Hijabista TV berdasarkan majalah tersebut. Hijabista TV akan ditayangkan di Astro Ria setiap Ahad bermula 12 Mei pada jam 7 malam.
Hijabista TV bakal dikendalikan empat hos baru, iaitu Syakirin Husnal, Yasmin Matthews, Dayah Bakar dan Faatin Akib. Empat segmen bagi 13 episod yang bakal ditayangkan di Astro Ria adalah Travel In Style, Bicara Personaliti, Pilihan Editor dan drama bersiri ‘Dunia Lola’.
Abang Nara pasti rancangan ini akan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Pasti ramai yang tak sabar menanti tips-tips memakai tudung daripada rancangan ini. 13 lagi gambar sekitar majlis pelancaran Hijabista TV dengan membaca entri ini sepenuhnya.