Semalam, pelakon Elfira Loy sah menjadi isteri kepada Faris Khairol Anuar hanya dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elfira sendiri dalam acara yang berlangsung secara tertutup di Cyberjaya.
Ramai yang memuji Elfira cantik dan anggun mengenakan busana pengantin serba putih hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Faris pula mengenakan baju melayu lengkap dalam rona yang sama.
Pasangan ini juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari bagi meraikan hari bahagia mereka.
Tentunya ia permulaan yang cukup indah buat mereka berdua bersempena tahun baru ini. Hanya beberapa bulan berkenalan, bibit cinta mula timbul dan akhirnya kini sudah bergelar suami isteri.
Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Elfira dan Faris dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : Project Two-Pi , Sweet Pictures & #elfaris
Alnice
January 3, 2019 at 1:09 am
Klau dh x Lawa designer wt cmne pn xdtg tlg
Auntie onion
January 2, 2019 at 11:57 pm
Baju elfira macam badut sarkas je.. Tang leher tuu..
Anonymous
January 2, 2019 at 11:48 pm
Aku tengok pun dah rimas.. berlapis-lapis.
Anonymous
January 2, 2019 at 10:58 pm
5 resepsi… overnya. Macam ko level internasional padahal.. (malas nk maki)
Anonymous
January 2, 2019 at 9:46 pm
bukan ke elfira hampir muflis, sepatutnya buat la majlis ringkas2 sahaja tp majlis nya mcm mewah la pulak siap buat 5 resepsi dalam bulan januari… hmmm, ape2 pon semoga sentiasa dalam kebaikan didunia dan akhirat