Written by Bella | January 2nd, 2019

Semalam, pelakon Elfira Loy sah menjadi isteri kepada Faris Khairol Anuar hanya dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elfira sendiri dalam acara yang berlangsung secara tertutup di Cyberjaya.

Ramai yang memuji Elfira cantik dan anggun mengenakan busana pengantin serba putih hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Faris pula mengenakan baju melayu lengkap dalam rona yang sama.

Pasangan ini juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari bagi meraikan hari bahagia mereka.

Tentunya ia permulaan yang cukup indah buat mereka berdua bersempena tahun baru ini. Hanya beberapa bulan berkenalan, bibit cinta mula timbul dan akhirnya kini sudah bergelar suami isteri.

Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Elfira dan Faris dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : Project Two-Pi , Sweet Pictures & #elfaris

120 responses to (15 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Elfira Loy & Faris

  1. Annacarina says:

    Jangan gembira atas airmata orang lain….Takut suatu hari nanti ketawa akan berganti dengan airmata….

  2. Anonymous says:

    Indah melayu kerana budaya dan adat,
    Tapi sayang barat jua mendapat mandat.

  3. Anonymous says:

    Tak sangka ramai orang cemburu kat elfira loy…apuu..mcm ni..untunglah dia…kena kutuk dia dapat pahsla lebih…

  4. setiausaha persatuan gold digger says:

    5 RESEPSI? patut la baru beberapa bulan dah boleh masuk meminang. the best gold digger in Malaysia

  5. minah senget says:

    mcm nak p kawin cm omputih ja..tggu paderi kot

  6. aku says:

    igt kan majlis nikah …laki kau baca surah …hmmmmm
    laki kau dah ok dah baju nya
    yg perantin perempuan macam x kena gaya
    harap resepsi yag lain nya adalah laki kau tu baca al quran ke tak pun surah yg mak kau soh ex tunag kau hafal …
    hahaha