May 4th, 2018

Semalam, penyanyi yang semakin popular, Sufian Suhaimi telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 26. Bersempena dengan hari istimewa itu, kelab peminatnya Sufianators mengadakan sebuah majlis kejutan hari jadi buat beliau.

Bukan sahaja dapat meluangkan masa dan mengabdikan detik-detik indah bersama peminat,  kemeriahan majlis semalam ditambah lagi dengan berita gembira apabila single Di Matamu mencatat lebih 20 juta tontonan di YouTube. Tentu sekali ia hadiah yang paling bermakna buat beliau.

Tiada apa yang mampu diucapkan lagi oleh Sufian melainkan rasa syukur yang tidak terhingga lagu tersebut mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Saya amat bersyukur. Saya harap momentum single terbaharu ini dapat dikekalkan biarpun saya tahu banyak lagu lain bersaing di pasaran. Namun, dalam hati, saya mahu lagu ini lebih berjaya berbanding karya yang pernah saya hasilkan. Ini suatu kejayaan yang cukup istimewa sempena hari jadi saya yang ke-26.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis kejutan hari jadi Sufian yang ke 26 bersama peminat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Sufianators


23 responses to “(15 FOTO) Sekitar Majlis Kejutan Hari Jadi Sufian Suhaimi Yang Ke 26”

  1. eyeee says:

    Kalau baby pian jadi kawen ngn pira loi haritu mesti gempak kan pira bwk celebrate bday tahun ni?…hewhewhew

  2. di bontot mu. says:

    buruk shiall kek dia. seburuk kisah hidup dia kena tinggal dengan elfira. sedeyyyy dik!!

Loading...