January 19th, 2012

Sebenarnya agak lambat juga untuk kami memaparkan entri ini, tapi dek kerana gambar dan video ini cantik, tak salah rasanya untuk berkongsi dengan peminat Faezah Elai. Ini ialah video semasa majlis resepsi Faezah Elai dan Heykal Hanifah yang berlangsung Disember lepas di Dewan Banquet Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung, Pulau Pinang. Kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas perkahwinan mereka.
Photobucket
Marilah kita bersama doakan perkahwinan mereka, perkara lepas tu biarkan berlalu ya. Kredit gambar ialah kepada Azzaharry Othman dari theCLIQUEpictures dan kredit video kepada Ridzuan Azizah (Wedding Films).

***

Adakah anda berbakat dan berminat dalam tari tradisional? Kalau minat, sudah tentu lagi best jika dibayar untuk melakukan perkara yang kita minati, bukan? Pada 30-31 Januari ini, JKKN akan mengadakan Uji Bakat Terbuka Artis Budaya JKKN di Tingkat 24, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Untuk keterangan lanjut mengenai kerjaya sebagai Artis Budaya dan tips semasa menghadiri uji bakat, apa kata kita dapatkan maklumat dari Cik Ezlina Alias, Ketua Cawangan Komunikasi Korporat, JKKN:

Untuk maklumat lanjut, hubungi Cawangan Komunikasi Korporat JKKN di 03-2052 3600 atau friend Sahabat Budaya JKKN.


19 responses to “(VIDEO)Majlis Resepsi Faezah Elai dan Heykal Hanifah”

  1. Thx Kepada Yang Like
    And Thx kepada Abg Nara kerana sudi Share video kami..Too Appreciate..:)

  2. nko tak taja pon takper la replisial oii.. says:

    tu diaaa….anak mami punya majlisss…xkalah aihhh…
    semua cantiqqqq…lagi berganda chantekk walopun xditaja replisial…
    tp kan..kalo pengantin sama2 muda,sama saiz..lg bagai pinag dibelah dua rasanya..
    nak buat camner..dah jodoh katanya..kita peminat terima jer la yer dak:)

Loading...