14 Tahun Kenal, Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Rakan Baik – “Keluarga Pun Merestui”

Hiburan

14 Tahun Kenal, Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Rakan Baik – “Keluarga Pun Merestui”

Walaupun pernah menyatakan sudah menutup hati untuk bercinta, pelakon Sophia Albarakbah tidak menolak andai suatu hari nanti dia berjodoh dengan sahabat baiknya sejak zaman universiti.

Menurut aktres berusia 32 tahun itu, lelaki berkenaan yang enggan dikenali sudah lebih 14 tahun rapat dengannya serta keluarga.

Advertisement

Katanya kepada Kosmo!,

Itu kawan lama saya, kenal dari universiti lagi. Dia memang rapat dengan keluarga dan sentiasa ada dengan saya. Buat masa ini, saya tak mahu letak label apa-apa, kami memang kawan rapat. Kalau ditakdirkan ada jodoh, saya terima. Keluarga pun dari dulu merestui.

cinta sophia albarakbah

Difahamkan, sahabat baik Sophia turut hadir pada majlis itu dan duduk bersama ahli keluarganya. Namun, Sophia menegaskan fokus utamanya kini adalah pada kerjaya seni, bukan soal rumah tangga. Jelasnya lagi,

Saya nak orang lebih hargai bakat saya. Kahwin belum ada dalam perancangan, kalau sampai masa nanti saya ikut saja keadaan.

Sophia turut berkongsi bahawa sahabatnya itu sentiasa memberi sokongan, sama seperti keluarga yang banyak menyokong perjalanan kariernya.

Untuk rekod, Sophia sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan seorang doktor yang digelar “Mr. Doktor” pada Mac 2023, namun percintaan itu berakhir hujung tahun lalu selepas beberapa hantaran patah hati dimuat naik di media sosial.

minta maaf sophia
2025-09-05 16:53:17

"Terus Berbuat Baik" - Banyak Hantaran Buruk Dipadam, Sophia Albarakbah Dedah Ramai Minta Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...