Pengumuman pelakon, Fattah Amin bakal menamatkan zaman duda bersama penyanyi Amira Othman pada 14 September depan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
Ada yang tumpang gembira, malah tidak kurang juga netizen yang membuat ‘throwback’ mengenai kisah rumah tangga Fattah bersama bekas isterinya, aktres Nur Fazura, yang berakhir tahun lalu.
Menurut seorang pengguna media sosial, tarikh ulang tahun kelahiran Fattah yang jatuh pada 14 September sebelum ini pernah meninggalkan kenangan pahit apabila dikaitkan dengan permohonan cerai oleh Fazura.
Tahun lepas 14/9 bday Fattah jadi memori hitam, tarikh ex wife failkan cerai dekat mahkamah. Tahun ni 14/9 terlakar memori baru.
Seorang lagi pengguna platform sama turut menitipkan kata-kata positif dengan mengaitkan perjalanan hidup Fattah sebagai satu ujian dan takdir.
@mstarmalaysia Video Fattah duduk seorang diri di tangga surau tular, peminat luah simpati… “Artis lelaki lain cerai aku tak sedih” #sembangentertainment #mstar #fattahamin
Sebuah kisah yang mengajarkan erti sabar dan takdir. Pada bulan yang sama, setahun yang lalu, Fattah diuji. Pada bulan yang sama, tahun ini, Fattah dikurniakan kebahagiaan.
Sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan pelakon popular itu akhirnya terjawab apabila Fattah dan Amira mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September depan.
Tarikh istimewa itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, yang bakal genap berusia 35 tahun.
Untuk rekod, Fattah membuat kejutan melamar Amira pada sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.
Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.