(14 GAMBAR)Warga Miskin Hong Kong Hidup Dalam Kandang Seperti Binatang Peliharaan

Trending

(14 GAMBAR)Warga Miskin Hong Kong Hidup Dalam Kandang Seperti Binatang Peliharaan

Walaupun Hong Kong ialah sebuah bandar yang dikatakan antara bandar terkaya di dunia, ada antara penduduknya yang miskin terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang.

Bagi penduduk termiskin bandar Hong Kong yang tidak begitu luas dan berpopulasi padat, memang tidak mampu untuk menyawa flat kecil.

Advertisement

Mereka yang miskin ini menyimpan pakaian dan gambar orang tersayang dalam kandang yang hanya berukuran enam kaki panjang dan tiga kaki lebar. Kandang-kandang ini disusun bertingkat-tingkat pula.

Sesetengah dari mereka tidak dapat meluruskan kaki ketika berbaring dan terpaksa tidur meringkuk seperti kucing.

Seorang buruh manual yang telah bersara, Tai Lun Po, 79, telah tinggal dalam kandangnya selama 30 tahun. Kandangnya juga disusun bertingkat dengan kandang lain di sudut yang lembap dan gelap.


 photo article-2558403-1B72CEB300000578-155_964x633.jpg

Brian Cassey, seorang jurufoto British yang tinggal di Australia ialah yang paling terkini mendokumentasikan apa yang dianggap sebagai sesuatu yang memeranjatkan. Di kalangan orang tempatan, mereka ini juga diberi gelaran ‘anjing kandang’.

Brian menemui penempatan ini di tingkat atas satu blok apartment 12 tingkat di bahagian tengah Hong Kong.

Suasana dalam tempat ini panas, gelap dan tidak mesra. Waktu saya tiba di koridor, saya boleh dengar tuan tanah menengking penghuni, jadi saya pulang dahulu sebelum kembali kemudiannya.

Dengan populasi penduduk seramai tujuh juta orang, Hong Kong yang merupakan bekas jajahan koloni British memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi. Satu apartment dengan satu bilik boleh mencapai sewa £1, 240 (RM 6, 850.13) sebulan.


 photo article-2558403-1B72CF7F00000578-250_964x638.jpg

Kandang-kandang ini mula dibina sekitar 1950’an – 1960’an. Pada mulanya, jumlah kandang hanya ribuan dan pada tahun 1997, jumlahnya mencecah 100,000 buah.

Statistik tahun 2007 menunjukkan seramai 53,000 penduduk Hong Kong tinggal dalam kandang seperti ini . Bayaran yang dikenakan ialah £117 (RM 646.34) setahun.

Karenah birokrasi dan keadaan yang mendesak menyebabkan ada yang menjalankan bisnes menyewakan kandang tanpa lesen dan mengenakan sewa hingga £1, 000 (RM 5, 525.97) setahun.

Mereka tiada pilihan lain dan terpaksa menyewa juga kandang malah ada unit keluarga yang terpaksa tinggal dalam kandang.

Tidak disangka-sangka dalam bandaraya yang maju dan moden seperti Hong Kong masih ada rakyat yang terpaksa tinggal dalam kandang seperti binatang sebegini. Kalau tidak berhati-hati, mungkin ada rakyat Malaysia yang akan menghadapi sesuatu seperti ini suatu hari nanti. Harap-harap tidak begitulah, kan?

Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.




 photo article-2558403-1B72CEBC00000578-975_964x638.jpg
 photo article-2558403-1B72CEC000000578-514_964x643.jpg
 photo article-2558403-1B72CEC900000578-41_964x630.jpg
 photo article-2558403-1B72CF5E00000578-901_964x656.jpg
 photo article-2558403-1B72CF6C00000578-182_964x638.jpg
 photo article-2558403-1B72CF9E00000578-221_964x636.jpg
 photo article-2558403-1B72CF4300000578-265_964x639.jpg
 photo article-2558403-1B72CF5200000578-5_964x645.jpg
 photo article-2558403-1B72CF7600000578-157_964x603.jpg
 photo article-2558403-1B72CF8800000578-759_964x638.jpg
 photo article-2558403-1B72CF9000000578-50_964x636.jpg
 photo article-2558403-1B72CFAF00000578-433_964x635.jpg
Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...