Dua tahun lepas, Song Bo didiagnosis menghidap penyakit serius yang menyebabkan dia sentiasa sakit kepala dan mengalami kemurungan. Yakin bahawa dia tidak akan berkahwin dan mempunyai anak, Song melayari Internet dan terjumpa satu halaman yang menjual patung kanak-kanak yang memberinya harapan.
Song membeli satu patung cinta bersaiz kanak-kanak, dengan tinggi 145 cm dan kini membawa patung itu ke mana-mana dia pergi. Patung itu bersaiz kecil, namun telah mengubah kehidupan Song.
Siri foto ini menunjukkan kedua mereka menikmati masa keluar bersama ke pawagam atau kafe. Song membawa patung itu melalui lorong bawah tanah di Tianjin dan dengan berhati-hati mendukungnya melintas jalan raya yang sibuk. Dia gemar mengambil gambar dengan patung itu, yang dimuat naik ke akaun media sosial China iaitu Sina Weibo.
Song tinggal dengan ibunya yang tidak membantah anak lelakinya itu membawa patung bernilai USD 2,200 (MYR 7897.56) ke mana-mana. Song melayan patung itu seperti anak perempuannya, dan menamakan anak patung itu Xiao Die (rama-rama kecil).
Satu cerita yang menyedihkan, namun jika dia tidak membawa mudarat kepada sesiapa, apa salahnya, ya tak?
Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bicara Seni Siri 1 akan berlangsung pada 20 Mei (Rabu) ini, 2.30 petang di Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 5 May 2015