Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(14 GAMBAR)Asmidar, Alif Satar dan One Nation Emcees Di Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN

Selasa (15 Mei) lepas telah berlangsung Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN Sempena Festival Hari Guru 2012 di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Sebanyak 18,573 unit bahan terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah diedarkan kepada pelbagai institusi pendidikan negara, meliputi 1,609 buah sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan Perpustakaan Agensi Kerajaan.

PhotobucketPhotobucketMajlis yang dimeriahkan hampir 600 orang tetamu itu turut menampilkan persembahan dari One Nation Emcees, Alif Satar dan Asmidar. One Nation Emcees telah menyanyikan beberapa lagu hits mereka antaranya Anak Kampung. Alif Satar sudah pasti menyanyikan lagu Lelaki Seperti Aku  manakala Asmidar dengan suara gemersiknya mendendangkan lagu Laksamana Raja Di Laut dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Advertisement

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketFestival Hari Guru ialah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta. Bahan terbitan JKKN disampaikan oleh Ketua Pengarah JKKN, Dato’ Norliza Rofli. Sebanyak 10 buah sekolah di negeri Perak telah diserahkan bahan-bahan terbitan ini sebagai simbolik kepada pengedaran bahan-bahan terbitan JKKN ke seluruh negeri.

Bahan-bahan terbitan JKKN tersebut merangkumi buku, cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) serta makalah seni budaya oleh dibeli di gerai pameran JKKN di pelbagai program, dan juga boleh dibeli secara online melalui laman sesawang POSTme.com.my.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan seperti DVD Senam Seni, DVD Pembelajaran Tari Tradisional, buku-buku kebudayaan dan kesenian dan pelbagai bahan terbitan ilmiah yang lain boleh berbuat demikian melalui pautan ini atau layari http://www.jkkn.gov.my

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Anonymous

    May 17, 2012 at 7:11 pm

    Kenapa nk ada ramai artis dlm majlis pendidikan yg ade student..konfius skjp..xde dh kot golongan cerdik pandai nk jemput..hee ke nk wujud kn genre muzik bru penambahan kpd muzik tradisional skrg.. ;)

  2. poker face

    May 17, 2012 at 6:35 pm

    apasal penyanyi one nation tu posing mendada je??? eh, x seswai la ppuan gedik ni dlm acara rasmi cmni. x manis langsung.

    • Kurus

      May 17, 2012 at 7:29 pm

      aku pun mcm ko jugak memula
      tp bila aku fikir yg mrka pasti bawak lagu yg sesuai..
      tngok baju pun baju casual.. tk seksi mcm selalu..
      aku chill…

  3. Kurus

    May 17, 2012 at 5:59 pm

    mcm karaoke..

  4. Pingback: (14 GAMBAR)Asmidar, Alif Satar dan One Nation Emcees Di Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN | My Blog

  5. embok ketum

    May 17, 2012 at 5:32 pm

    Tlg bongkar citer pasal tasha shila yg beli bmw pllssssss

    • Lovelyvic

      May 17, 2012 at 8:24 pm

      Oh comelnya……. comel sgt……



      Teddy bear A&W tu…. :P

    • Lovelyvic

      May 17, 2012 at 8:28 pm

      Oh comelnya……. comel sgt……
      Teddy bear A&W tu…. :P

      embok ketum, tasha shila kata….. tu duit dia sendiri berlakon siang malam takde rehat. Dulu dia pakai kembara je, pastu tukar keta apa tah, pastu baru tukar BMW. Dia kata lagi kalau orang kaya yg bela dia, tak yah dia la dia susah payah berlakon sampai takde rehat. Itu yg dia ckp dalam tv aritu la.

    • cella

      May 17, 2012 at 8:29 pm

      tak berkenan aku kat pompuan rambut merah tuh… udah la gomannya gitu, style nyanyinye cm galok smcam je, sesuai ke utk event cm ni utk dpersembahkan..nyanyi ngn style mnari terkangkang2, terkinja2..malu lah..burok bebenor rupanya sebagai prempuan..

    • nizz

      May 17, 2012 at 8:38 pm

      setujuuuuuuu sgt ngan ko cella…si rambut merah tu pun sore tk sedap langsung

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top