The Basilica Sagrada Familia merupakan sebuah Gereja Catholic yang terletak di bandar utama Sepanyol. Ia direka oleh seorang arkitek bernama Gaudi tapi selepas beliau meninggal pada tahun 1926 proses pembinaan sedikit terbantut kerana kekurangan dana dan juga Perang Saudara yang berlaku di sepanyol. Gereja ini kemudian meneruskan proses pembinaan pada tahun 1950 dan dijangka siap tapi tahun 2026 untuk menyamakan tahun tersebut dengan tahun kematian Gaudi. Walaupun gereja ini masih belum siap sepenuhnya namum ia telah dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO) pada tahun 2010 dan sempena Merce Festival gereja ini dihiasi dengan pelbagai lampu dan seni lampu yang cantik menerangi seluruh bangunan gereja ini.