Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang telah selamat bertunang Sabtu lepas. Kedua-duanya nampak comel sangat dalam persalinan berwarna pink. Memang sama cantik dan sama padan.
Tidak diketahui pula untuk berapa lamakah ikatan pertunangan mereka berdua. Apa pun nasihat Abang Nara, kena banyak bersabar ketika dalam fasa bertunang ini. Darah tengah manis memang banyak cabaran dan halangannya. Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka berdua.
Lagi 12 keping gambar majlis pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada The Photolicious yang sudi berkongsi gambar-gambar ini dengan pembaca BeautifulNara. Sila LIKE Facebook The Photolicious sebagai tanda terima kasih anda.