January 17th, 2016

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon Shah Iskandar Mahfuz yang sah bergelar suami kepada Siti Sarah Mohd Noor dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom At East Coast, Singapura pada jam 4.30 petang semalam.

Shah yang sememangnya asal daripada Singapura telah menyerahkan mas kahwin iaitu sebentuk cincin emas dan wang hantaran berjumlah RM30,000.

Majlis resepsi pasangan tersebut telah diadakan di lokasi yang sama pada sebelah malam juga pada hari yang sama manakala majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan pada 16 April depan bertempat di Shah Alam.

Berikut beberapa lagi  foto sekitar majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan Shah Iskandar  dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...