March 27th, 2017

Tarikh 28 Mac ini, pelakon jelita Fasha Sandha bakal menyambut hari jadinya yang ke 33. Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya itu, kelab peminatnya We Love Fasha Sandha telah mengadakan kejutan buat Fasha.

Majlis itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dan turut dihadiri oleh rakan artis juga. Fasha seperti biasa tampak cantik mengenakan busana rona hitam.

Kami di BeautifulNara mengucapkan selamat hari jadi buat Fasha dan semoga terus dimurahkan rezeki serta bertemu dengan jodoh yang tepat buat dirinya.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis kejutan hari jadi Fasha yang ke 33 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : BLACKCOLLARS STUDIO


Comments are closed.

Loading...