September 14th, 2015

Apabila seseorang artis itu bakal melahirkan anak tidak lama lagi, pasti majlis baby shower akan diadakan untuk meraikan ibu yang sedang hamil dan bergembira bersama rakan-rakan mereka.

Baru-baru ini, pelakon Erin Malek dan suami telah mengadakan majlis tersebut yang dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan-rakan artis yang sudah tidak sabar untuk menantikan cahaya mata kembar pelakon tersebut.

Kalau anda lihat, baby shower ini dah macam satu trend pulak kan? Ramai orang sebenarnya mempersoalkan  kenapa majlis sebegini harus diadakan sedangakan ia bertentangan dengan budaya kita. Pada kami tidak salah untuk meraikan bayi yang bakal dilahir asalkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang tidak baik ataupun melakukan maksiat. Mungkin ia salah satu cara untuk buat ibu yang sedang berdebar untuk melahirkan merasa lebih tenang, siapa tahu?

Apa-apa pun kita doakan segala proses semasa hendak bersalin nanti berjalan lancar buat Erin Malek. Jom kita layan beberapa lagi fot sekitar majlis baby shower beliau.


Comments are closed.

Loading...