Anugerah Juara Lagu Ke 32 yang berlangsung semalam bukan sahaja menjadi tumpuan kerana lagu yang dipertandingkan tetapi ini juga adalah masa untuk selebriti tampil menyerlahkan fesyen mereka untuk acara berprestij di tanah air.
Bertemakan fesyen dan muzik, ada beberapa selebriti yang membuatkan kami terpukau dengan gaya yang cukup anggun dan bersesuaian dengan tema. Namun, ada juga mengenakan busana yang agak “kelaut” kata orang.
Kami tidak mahu cakap banyak lagi, jom layan beberapa foto gaya selebriti di AJL 32 dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Pada pendapat anda, fesyen siapakah yang sangat memukau?