14 Ekor Kucing Ini Dikunci Dalam Rumah Hingga Mereka Lapar, Terpaksa Makan Sesama Sendiri

Trending

14 Ekor Kucing Ini Dikunci Dalam Rumah Hingga Mereka Lapar, Terpaksa Makan Sesama Sendiri

Seorang wanita mengunci 14 ekor kucing dalam rumahnya terlalu lama sehingga kucing-kucing itu terlalu lapar menyebabkan mereka terpaksa makan sesama sendiri.

Advertisement

Rakaman video memaparkan keadaan rumah terbabit selepas penyelamat haiwan pergi ke rumah itu dan menemui bangkai-bangkai dan tulang haiwan peliharaan tersebut di Adelaide, Australia.

Namun terdapat seekor dari kucing itu ditemui masih selamat dan dalam keadaan kelaparan dan keletihan.

Setelah pintu dibuka, kucing yang diberi nama Tropper oleh pasukan penyelamat itu terus mengiau.

‘Apabila penyelamat RSPCA tiba di rumah itu, kucing itu terus mengiau seolah-olah supaya kami cepat-cepat menyelamatkannya’, kata ketua penyelamat, Andrea Lewis.

Tropper kemudian dipelihara oleh tuan baharu dan sejak itu sudah mulai pulih.

‘Jika kamu tidak dapat menjaga haiwan peliharaan kamu, minta lah kawan-kawan, keluarga atau jiran ataupun bawa mereka ke pusat perlindungan haiwan”, kata Lewis lagi.

Suspek , yang dikatakan mempunyai masalah mental mengaku bersalah atas kesalahan kekejaman terhadpa haiwan dan diharamkan untuk memelihara haiwan.

**Video keadaan rumah itu tidak dapat kami kongsikan kerana boleh menyebabkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Sumber: Metro.co.uk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...