13 Tahun Tunggu Zuriat, Ibu Bapa Bayi Maut Di Taska Dapat Tajaan Rawatan IVF Tunku Azizah

Kehidupan

13 Tahun Tunggu Zuriat, Ibu Bapa Bayi Maut Di Taska Dapat Tajaan Rawatan IVF Tunku Azizah

Pada September tahun lalu, pasangan suami isteri yang kehilangan anak lelaki mereka dan pemergian bayi bernama Muhammad Al Fateh itu telah meraih perhatian dan meruntun hati ramai.

Mana tidaknya, ibu bapanya menanti selama 13 tahun untuk dikurniakan zuriat namun bayi berusia lapan bulan itu maut dalam keadaan menyayat hati di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.

Advertisement

Baru pertama kali mempunyai cahaya mata selepas begitu lama penantian, ramai berasa sebak dan bersimpati dengan Mohd Fikri Amri dan Sabrina Hakiem Zaini.

arwah baby muhammad al fateh

Selepas enam bulan peristiwa itu berlaku, pasangan berkenaan menerima berita gembira apabila dimaklumkan mereka mendapat tajaan untuk melakukan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Kata Mohd Fikri, dia mendapat panggilan daripada pegawai Tunku Azizah pada bulan lalu dan dimaklumkan tentang tajaan IVF terbabit selepas mereka kematian anak di rumah pengasuh.

Saya agak terkejut kerana kes kematian anak saya mendapat perhatian Tengku Ampuan Pahang dan kami sangat bersyukur kerana diberi peluang dan menerima tawaran ini.

ibu bapa al fateh terima tajaan IVF Tunku Azizah

Meskipun mereka sudah mencapai usia 40 tahun namun pasangan itu menaruh harapan tinggi agar rawatan tersebut berjalan lancar dan dikurniakan cahaya mata kedua agar dapat mengubati kerinduan pada kehilangan sebelum ini.

“Selama 13 tahun kami menunggu untuk mendapat zuriat dan sempat menjaga Al Fateh selama lapan bulan sahaja. Saya berfikir positif. Allah telah memberi saya peluang mengandung, menyusu dan menjaga anak sendiri. Saya berdoa IVF ini berjaya dan kami harap akan sekali lagi diberi peluang untuk menjaga anak insyaAllah,” kata Sabrina.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 months ago

“Saya & Isteri Akan Ambil Tindakan Semaksimumnya” - Bapa Bayi Lapan Bulan Maut Di Tangan Pengasuh Taska

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sinar Plus

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...