13 Jam Yang Mendebarkan, HTA Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

Berita

13 Jam Yang Mendebarkan, HTA Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

Pada 24 Jun yang lalu, sepasang bayi kembar siam lelaki berusia tiga bulan berjaya dipisahkan menerusi pembedahan, sekali gus mencipta sejarah baru bagi Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa kembar berkenaan merupakan Omphaloischiophagus Tetrapus Conjoined Twin, iaitu jenis kembar siam yang amat jarang berlaku di mana kedua-duanya bersambung dibahagian abdomen dan pelvis serta mempunyai empat kaki.

Advertisement

hta cipta sejarah, pisah bayi kembar

Pembedahan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.48 malam dengan pemisahan lengkap berlaku pada jam 5.43 petang.

 

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan kedua-dua bayi kini stabil serta sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Menurut KKM, pembedahan bersejarah itu diketuai oleh Dr Mohd Yusof Abdullah, Datuk Dr Zakaria Zahari, Dr Intan Zarina Fakir Mohamed, Dr Phang Yee Yun serta pasukan bedah pediatrik HTA dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

hta cipta sejarah, pisah bayi kembar

Ini merupakan kembar siam keempat yang berjaya dipisahkan di HTA sejak 2019 dan kes ke-19 secara keseluruhan dalam sejarah HTA serta HKL.

 

Tahniah kepada seluruh pasukan atas usaha, kepakaran dan kerjasama luar biasa. Moga kedua-dua anak kecil ini terus membesar dengan sihat dan ceria.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

kekurangan jururawat di malaysia kritikal
3 days ago

"Satu Realiti Yang KKM Secara Berterusan Sedang Tangani.." - Menteri Kesihatan Dedah Negara Hadapi Masalah Kekurangan Jururawat Kritikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...