Pulau Christmas ialah satu pulau yang bergunung-ganang, terletak di kawasan teluk Australia. Pada beberapa bulan setiap tahun, ia satu kawasan yang indah, dengan hutan yang tebal dan teluk yang menarik. Bagaimanapun, sekali setahun, ia seperti seperti satu mimpi buruk, bila ia dibanjiri jutaan ketam yang berwarna merah. Seorang pengguna Reddit telah membuat satu galeri yang memaparkan acara Migrasi Tahunan ketam merah ini.
Setiap tahun, jutaan Ketam Merah akan bergerak ke laut untuk membiak.
Ketam ini bergerak dari hutan ke teluk, dan migrasi ini bersinkronasi di hampir seluruh kawasan pulau Christmas.
Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kadangkala untuk penduduk bergerak pun menjadi sukar.
Ketam betina bergerak ke laut untuk bertelur.
Walaupun nampak menakutkan bagi kita, penduduk pulau Christmas sudah biasa dengan migrasi ini dan menganggap ia sesuatu yang normal.
Menurut Jabatan Taman Negara Australia, ketam ini membiak hanya mengikut peredaran bulan dan berlaku pada musim hujan sahaja.
Untuk membantu ketam ini membiak dan mengurangkan jumlah ketam yang mati kerana dilanggar dengan tidak sengaja, penduduk tempatan telah menutup jalan raya dari laluan umum.
Sebabnya, ada terlalu banyak ketam!
Sumber: Reddit.com