Beberapa laporan terkini tentang selebriti China yang terlibat dalam hubungan cinta terlarang mungkin telah menyebabkan pengguna Internet China hilang harapan terhadap cinta, namun satu pasangan dalam rancangan televisyen “iDream of China”: satu program yang memberi peluang kepada orang biasa untuk menunaikan impian mereka yang paling mustahil, telah menyentuh masyarakat dengan kisah mereka yang menyayat hati dan mungkin mengembalikan harapan mereka terhadap cinta.
Kisah ini ialah berkenaan Ying Feng, seorang wanita berusia 23 tahun yang didiagnosis menghidap kanser otak tahap empat, dan suaminya yang penyayang.
iDream of China, satu rancangan yang dianjurkan oleh Zhejiang Satellite Television, mula disiarkan pada tahun 2011. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi impian dan menceritakan kisah mereka pada satu panel penaja, tetamu undangan khas dan 300 orang penonton.
Sekiranya penaja bersetuju bahawa impian peserta ialah sesuatu yang patut disokong, mereka menggunakan status mereka untuk membantu peserta merealisasikan impian itu. Bagaimanapun, untuk impian itu ditunaikan, pengejar mimpi perlu mendapatkan undian sekurang-kurangnya 240 dari 300 penonton bagi mendapat persetujuan penaja.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Ying dan Haibin bertemu keesokan harinya di hospital. Dalam masa sebulan selepas itu, Haibin datang ke hospital untuk melamar Ying. Haibin berjanji akan menjaga Ying dan bekerja keras supaya boleh membiayai kos rawatan Ying.
Ying mengisi borang untuk menyertai iDream of China setelah menerima konsultasi medikal dari doktor hanya seminggu selepas berkahwin, di mana doktor mendedahkan sekiranya dia menjalani pembedahan, dia hanya ada 20 peratus peluang untuk sembuh, dan sekiranya juga doktor berjaya membuang ketumbuhan pada otaknya, Ying mungkin akan lumpuh seumur hidup.
Walaupun begitu, Ying mahu mencuba untuk masa depan bersama suaminya, memilih untuk percaya pada keajaiban memandangkan dia telah melepasi tarikh di mana jangkaan hayatnya berakhir oleh doktor.
Walaupun menunjukkan sikap yang optimistik dan ceria, Ying memberitahu pengacara iDream yang dia hanya takutkan satu perkara–bukan kegagalan pembedahan–sebaliknya kehilangan suami yang menyayanginya walaupun dia sakit, terpaksa didukung menaiki tangga serta lelaki itu juga mencuci kaki Ying setiap hari.
Impian Ying ialah, sekiranya dia tidak berjaya dalam pembedahan, ialah untuk membantu suaminya mendapat teman wanita yang baru.
Sikap Ying yang ceria dan penceritaannya tentang kisah cinta dengan Haibin telah menyebabkan penonton menangis di studio, dan Ying telah menyanyikan lagu berjudul ?For You sebagai restu kepada suami dan bakal isteri suaminya di masa hadapan.
Apa yang menarik, Haibin tidak tahu apa ‘impian sebenar’ Ying, dan terkejut ketika penaja mengumumkan akan membiayai pembedahan Ying.
Ramai penonton juga memberi komen bahawa kerana Ying dan Haibin, mereka mula mempercayai semula ‘cinta sejati’.
Setakat ini tidak ada berita terbaru mengenai kejayaan pembedahan Ying, bagaimanapun ribuan ucap selamat dari pengguna Internet China yang mengharapkan pengakhiran yang gembira untuk mereka berdua telah dikongsikan.
Kami juga berdoa untuk mereka. Bersama kita doakan.