Jutaan tahniah diucapkan kepada Engku Emran (42 tahun) dan Laudya Cynthia Bella (29 tahun) yang telah selamat bergelar suami isteri semalam pada jam kira-kira 6.27 petang. Majlis pernikahan ahli perniagaan dan aktres dari Indonesia ini telah berlangsung di sebuah lokasi rahsia di Kuala Lumpur. Pernikahan mereka telah disaksikan oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.
Pada majlis tersebut, pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan. Antara rakan-rakan artis yang hadir ialah Nora Danish bersama suaminya Nedim Nazri, Melly Goeslow, Irwansyah dan Teuku Wisnu. Engku Emran telah mengucapkan terima kasih di dalam satu kenyataan rasmi yang diedarkan lewat petang semalam.
Terima kasih kerana memberikan ruang kepada kami untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup. Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella. Semoga perkahwinan ini dirahmati dan diberkati serta kekal buat selamanya. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar MalaysianDigest.