Lupakan sebentar AJL27 yang anda masih rasakan kehangatannya. Tahukah anda pada Sabtu lalu telah pun berlangsung majlis bertandang untuk Apek dan Leuniey? Mungkin ramai yang tidak tahu kerana terlalu sibuk dengan kerja di tahun baru.
Namun terima kasih kepada The Photolicous, anda kini dapat menatap detik-detik bahagia pengantin baru ini. Apek dan Leuniey nampak berseri-seri dengan persalinan pakaian serba biru. Turut memeriahkan majlis ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz.
11 lagi gambar sekitar majlis bertandang Apek dan Leuniey dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sila LIKE Facebook The Photolicious tanda terima kasih anda kerana kesudian mereka berkongsi gambar-gambar yang awesome ini.