1,200 Cawangan Zara Di Seluruh Dunia Bakal Ditutup Untuk Elakkan Kerugian

Trending

1,200 Cawangan Zara Di Seluruh Dunia Bakal Ditutup Untuk Elakkan Kerugian

Pemilik butik terkenal Zara akan menutup sebanyak 1,200 cawangan mereka di seluruh dunia. Buat masa ini peruncit pakaian itu berusaha meningkatkan penjualan dalam talian disebabkan kesukaran penjualan semasa pandemik COVID-19.

Syarikat induk Zara, Inditex mengatakan ia akan memilih cawangan yang memiliki kerugian teruk dengan kerugian tertumpu di antara kedai-kedai lama dari jenama selain Zara. Jenama syarikat Sepanyol yang lain termasuk Bershka, Pull & Bear dan Massimo Dutti.

Advertisement

Difahamkan, penutupan cawangan dijangka tertumpu di Asia dan Eropah. Namun, 107 kedai Inditex di United Kingdom berkemungkinan besar tidak akan terjejas dengan ketara. Mereka turut menyakinkan jumlah pekerja tidak akan terkesan dengan penutupan cawangan ini.

Jumlah pekerja masih lagi stabil, kakitangan akan ditawarkan tugas dalam pekerjaan lain seperti menghantar pembelian dalam talian.

zara

Inditex yang merupakan salah satu peruncit pakaian terbesar di dunia antara yang menerima kesan teruk pandemik ini dengan penjualan menurun sebanyak 44%  antara 1 Februari dan 30 April, suku pertama tahun kewangannya. Syarikat juga melaporkan kerugian bersih € 409 juta pada suku tersebut.

Susulan pandemik COVID-19 ini, hampir satu perempat daripada kedainya tetap ditutup pada 8 Jun. Walau bagaimanapun, perkembangan penjualan dalam talian dilihat berkembang dengan pesat. Jualan dalam talian meningkat 50% tahun ke tahun pada suku tersebut dan meningkat 95% tahun ke tahun pada bulan April.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...